Wednesday, January 27, 2010

NIKMATI LAH KEGAGALAN...



ENJOY FAILURE?

Saya banyak menerima kritikan mengenai title blog ini "enjoy failure",ade yg gelak,ade yg rase pelik dll.
Di sini,saya cuba mnjelaskan "Mengapa kita perlu meniknimati kegagalan?"..

Tidak kira di mana jua, di sekolah , di universiti atau dimana sahaja, kita dididik untuk berjaya.
Sekarang ini,semua buku dan program motivasi berkisarkan dgn pentingnya kejayaaan di dalam hidup.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak banyak yang telah disentuh mengenai soal “kegagalan”.

Saya meneka bahawa sebab perkara ini telah disentuh dengan panjang lebar adalah kerana masyarakat kita telah diasuh supaya manghindari kegagalan.
Kita memandang rendah terhadap orang yang telah gagal.
Kita memandang dengan cara yang berlainan kepada “mereka yang tercicir”. Gagal itu dianggap sebagai sesuatu yang pantang.
Kita mengukur orang mengikut “pencapaian” mereka.
Kita meletakkan nilai yang tinggi pada “kejayaan” tetapi nilai yang sedikit benar atau tiada langsung pada “kegagalan”


Jika kita menyelami sejarah,semakin banyak orang itu gagal, semakin tinggi kualiti "kejayaannya"

Pentingnya kejayaan sangat diperbesar-besarkan sehingga org lupa dengan kegagalanlah seseorang itu akan berjaya.

Akibat terlampau takut akan kegagalan, semakin ramai yg ingin menempatkan diri dalam comfort zone masing2.
Padahal, comfort zone ini telah lama dikawal oleh golongan yang gagal.




Golongan comfort zone ini menjadi robot kepada golonagan yang gagal.Orang kate A,buat A, Orang kate B , buat B.





Amat malang bagi sesiapa yang menyangka dia seseorang yang berjaya, tetapi masih menurut telunjuk pihak lain, kerana takutkan kejayaan.

Contoh yang mudah, kita lihat, banyak ibu bapa bertungkus lumus memberi didikan kpd anak2 supaya dapat masuk universitiy, klu x masuk universiti x jamin hidup, akan gagal dalam hidup...

Padahal, ribuan mereka yang tiada ijazah di luar sana hidup dlm senang lenang,tidak terikat dengan masa bekerja, masih boleh berjaya, masih boleh meluangkan masa dengan keluarga.
Ini kerana mereka percaya bahawa dengan kegagalan mereka akan berjaya.

Mereka tidak gagal dalam menafsirkan "kegagalan" dan "kejayaan"



Mari kita ambil Mahatma Gandhi, yang bergelar ‘Bapa India” ,sebagai contohnya,



beliau kesudahannya tidak mendapat apa-apa di akhir hayatnya tetapi katakanlah di ketika itu beliau menginginkan sedikit kekayaan harta benda - adakah beliau berupaya mendapatnya? Sudah tentu! Orang seperti ini adalah di antara mereka yang telah ‘memegang pelangi’. Seseorang yang menpunyai kekayaan harta benda tidak semestinya berupaya ‘memegang pelangi’ sudah sepastinya akan mendapat kekayaan harta benda jikalau mereka menginginkan sedemikian!

Saya telah menyedari bahawa gagal itu merupakan sebahagian daripada proses pembesaran dan pengembangan.Ia boleh dikatakan hampir sama dengan proses ‘penuaan’. Ramai orang tidak memahaminya dan menakuti atau menbencinya. Tetapi sejak hari kita lahir lagi kita menjalani process ‘gagal’ yang mengiringi proses pembesaran kita. Sel – sel kita yang tua mati dan digantikan dengan sel –sel baru. Ini merupakan satu proses pembaharuan semula. Apabila sebatang pokok tua mati, sel – selnya hancur menjadi unsur- unsur asal yang menjadi zat makanan bagi benih baru yang akan membesar menjadi sebatang pokok baru.

Sel –sel kita tidak boleh membiak dan terus membiak tanpa mati. Jika sekelompok sel berkelakuan begini, membiak dengan berleluasa melewati batasan perkadaran dan keseimbangan dan merebut zat makanan daripada sel –sel jirannya, keadaan ini mengikut istilah perubatan dipanggil BARAH!



Sepertimana ada proses ‘berjaya’ semula jadi di dalam badan kita, begitu juga ada proses ‘gagal’ semula jadi. Tiada yang harus ditakuti kerana segala-salanya merupakan sebahagian daripada proses pembesaran dan pengembangan. Ingatlah, seekor ular tidak akan dapat terus membesar jikalau kulit lamanya tidak tanggal. Bukan lampu lalu lintas hiju sahaja yang baik untuk kita. Kita juga memerlukan lampu lalulintas merah, supaya kita boleh berhenti , melihat dan meneruskan perjalanan!
“Pada pandangan saya, jika anda menginginkan pelangi, anda kenalah bertahan dengan hujan.”
Pelakon-pelakon Dolly Parton ‘Cahaya Matahari” sahaja tidak akan membuat hidup kita bahagia. ‘ Dalam hidup setiap orang sedikit hujan pasti turun.” Betapa wajar sekali pepatah bijaksana ini - kerana tidak menyebut ‘mungkin turun’ tetapi ‘pasti turun’.



2 comments:

  1. post ni aku sgt setuju...never afraid to fail....try sumthing,even u may be fail...way better then never try!;)

    ReplyDelete
  2. salam.. menarik kupasan yg diberi.. mnusia mmg sntiasa aim utk kjyaan dlm idup.. trlepas pndang maksud kegagalan.. tu la pasai, kalo frust menonggeng sbb ssuatu kegagaln, kalo yg lemah iman, mudah ja suicide. ada kn buku tajok "dare to fail".. thnx ats penulisan nih..

    ReplyDelete