Wednesday, February 3, 2010

SEDIKIT ULASAN KEPADA ZAMANKINI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minta maaf kerana lama x update blog nie kerana minggu ini agak hectic, banyak hal nak diuruskan

Pertama sekali saya ingin respon kepada penulis blog zamankini utk post yang bertajuk RESPONS BALAS KEPADA ENJOYFAILURE
http://zamankini.wordpress.com/2010/01/28/respons-balas-kepada-enjoyfailure/

Mungkin masalah utama dalam perkara ini adalah , penulis masih meragui mengapa enjoyfailure dipilih sebagai tajuk blog ini..
Dr pandangan zamankini , enjoyfailure lebih mengajak semua orang untuk berani melakukan kegagalan.

Mungkin benar, mungkin tidak,..bergantung kepada pembaca bagaimana mereka menilai kewarasan idea ini...

Tujuan enjoy failure ini dipilih kerana saya lihat mahasiswa zaman ini adalah mahasiswa ikut flow..
Mereka mengaku mereka matang tetapi pemikiran mereka adalah pemikiran yang dibentuk oleh suasana persekitaran..

Jikalau kita tanya mahasiswa seronokkah belajar,enjoy x belajar, rata 2 akan jawab bosan , boring dll..
Habis, Klu x suka mengapa belajar?
Jawapan mudah.. menjamin masa depan, kerja , gaji dan lain2...

Mungkin logik jawapan itu...

Tapi mari kita fikirkan , kita menghabiskan hampir 5 tahun lebih untuk melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak disukai
Kita memenjarakan potensi diri semata-mata kerana sesuatu yang orang  di anggap itu bernilai oleh masyarakat ramai, padahal kita sendiri benci melakukan perkara itu..
Kita memenjarakan diri kerana perkara itu difikir baik oleh orang lain...
Dengan kata lain, kita melakukan sesuatu dengan kehendak pihak lain...

PERLU DIJELASKAN SAYA TIDAK BERMAKSUD UTK SEMUA MAHASISWA KELUAR UNIVERSITI,MENGAJAK MAHASISWA GAGAL EXAM, MENGAJAK MAHASISWA PONTENG KELAS

Perkara ini dibangkitkan kerana dr pandagan saya mahasiswa masih gagal dalam membentuk pemikiran sendiri,permikiran masih terjajah,pemikiran berdasarkan flow...matlamat jangka pendek,duit semata-mata

Dan yang paling penting, ada mereka yang sedar pemikiran mereka masih dikawal tp tetap takut untuk berubah.

Kerana Mereka Takut akan gagal jika gaya pemikiran ini di ubah...

2 comments:

  1. Salam
    Satu blog yang menarik yang banyak menimbulkan kontroversi. Paad peringkat awalnya, blog ini kelihatannya seperti mengajak mahasiswa untuk berani melakukan kegagalan lebih-lebih lagi dengan nama blog ini sendiri.

    Namun yang menariknya ialah apabila timbulnya pelbagai percambahan idea2 daripada pelbagai pihak yang mempertikaikan dengan ideologi yang dibawa oleh saudara Syed.

    Sebetulnya, adalah salah untuk mengajak manusia untuk melakukan kegagalan. Yang sepatutnya adalah mengajak manusia untuk berani berdepan dengan kegagalan.

    Namun, selepas mengikuti perkembangan blog ini, apa yang terzahir adalah ideologi blog ini bukannya mengajak mahasiswa kepada kegagalan, tetapi lebih terarah kepada mengajak dan mengajar mahasiswa untuk terbuka mindanya dan tidak menjadi mahasiswa yang bersifat 'puppet'.

    Sebagai contoh, apabila membaca posting yang terdapat dalam blog ini, pengajaran yang dapat diambil adalah kita mestilah keluar dari kepompong yang berfikiran sempit. Dan tidak pernah saya dapati bahawa ada unsur2 yang mengajak untuk kita melakukan kegagalan selepas saya membaca semua post yang ada di dalam blog ini.

    Jadi, yang paling penting di sini adalah agar saudara Syed dapat menjelaskan kembali mengenai apa tujuan dan matlamatnya blog ini dibuat kerana semua posting yang saudara Syed buat tidak ada satu pun yang berunsur unutk mengajak mahasiswa unutk terjun kepada kegagalan agar tidak ada salah faham yang timbul.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan Posting terbaru ini. Tapi Sdr Syed Haq tidak pula memberi solusi jan jalan penyelesaian kepada masalah ini.

    Saya akan tunggu posting beliau yang seterusnya iaitu : Solusi kepada isu yang dibangkitkan dalam posting ini.

    ReplyDelete