Wednesday, February 10, 2010

KISAH DUA BIJI BENIH

salam,
ini ade satu cerita yang diambil dari sumber-sumber tertentu yang boleh memberi manfaat kepada anda..

Ada 2 biji benih yang gugur ke bumi dari induknya iaitu sepohon pokok Oak yang terkenal dengan kekukuhannya, ketegapannya dan ketinggian kualitinya. Namun, kedua-dua biji benih ini mempunyai sifat yang berbeza.


Biji benih yang pertama bersikap negatif, dia memikirkan bahawa dia tidak ingin bercambah dahulu, kerana dia takut akar-akarnya akan terluka melanggar batu-batuan yang keras, batangnya akan cedera diguris batu-batu, daunnya akan dicarik-carik oleh haiwan, dan merasakan angin pada musim itu terlalu kuat dan ini akan merosakkan keseluruhan dirinya. Dia merasakan lebih baik untuk duduk diam terlebih dahulu menanti sehingga waktu terbaik tiba dan sesuai untuk proses pertumbuhan. Namun, saat yang ditunggu tidak muncul , tetapi yang muncul adalah seekor burung liar yang mengambilnya menjadi makanan untuk santapan.
 
Biji benih yang kedua pula berfikir, ia tidak sabar untuk tumbuh menjulang, bercambah dengan penuh semangat, akar-akarnya berusaha keras untuk menerobos di celahan batuan keras demi mendapatkan bekalan air dan zat makanan, batangnya pula bercambah biak menentang rintangan dan batu-batu kerikil yang meninggalkan parut manis yang berupaya memberi kekuatan demi mencapai sumber pancaran cahaya matahari yang terbaik untuk daun-daunnya yang segar menghijau. Tiupan angin yang kencang tidak mengurangkan semangatnya untuk membiak tetapi semakin mengukuhkan keseluruhan dirinya. Akhirnya ia tumbuh menjadi pokok Oak yang kuat, teguh, mantap dan berdiri dengan gahnya.

Begitu juga MANUSIA yang merasakan diri terlalu lemah, hanya menunggu saat yang terbaik untuk bertindak, manusia seperti ini  tidak akan ke mana, kerana saat yang terbaik haruslah dicipta dari dalam pemikiran, bukannya luaran.

Orang yang berjaya bertindak mengikut akal fikirannya yang positif, maka segala-gala  yang berlaku di sekeliling adalah yang terbaik, kerana apa sahaja kurniaan Tuhan adalah yang terbaik. Apa yang anda serapkan dalam fikiran akan mempengaruhi kepercayaan, tindakan dan nasib anda. Apabila kita berfikiran positif ia akan memukau keadaan sekeliling untuk bertindak ke atas diri kita dalam menyerap segala yang terbaik. Diri akan menjadi magnet yang menarik keadaan sekeliling yang positif. Ramai orang menunggu “lampu hijau” dalam kehidupan, barulah mahu bertindak melakukan sesuatu, hakikatnya tiada lampu hijau dalam kehidupan. Oleh sebab itu, ramai orang yang masih terperangkap di mana ia berdiri dalam kehidupannya dan tiada perubahan sampai bila-bila. Jangan tunggu inspirasi untuk bertindak, kerana bertindak dahulu akan menghasilkan inspirasi.

“We do not achieve our destinies or realize a future through physical effort. It’s by what we do with our mind.” ~ Brian Tracy

1 comment: